Dasar Kuki LEGO®

Tarikh terakhir diubah suai: 27 Julai 2021

Kami menggunakan kuki di laman web LEGO.com kami dan aplikasi digital kami.

Kuki adalah fail data kecil yang pelayar anda tetapkan pada komputer atau peranti anda. Kuki itu dengan sendirinya tidak mengandungi atau mengumpul maklumat. Walau bagaimanapun, apabila ia dibaca oleh pelayan melalui pelayar web, ia dapat membantu laman web menyampaikan perkhidmatan yang lebih mesra kepada pengguna - contohnya, mengingati pembelian sebelum ini atau butiran-butiran akaun.

Kami dan rakan kongsi penjejak pihak ketiga kami menggunakan storan pelayar, storan aplikasi, kuki, piksel, mata arah (beacons), skrip dan tanda-tanda untuk mengendalikan laman web dan aplikasi kami, dan sekiranya anda telah memberikan persetujuan, untuk menganalisis penggunaan anda dan memasarkan kepada anda. Kami mungkin akan menerima laporan mengenai perkara ini daripada rakan kongsi penjejak pihak ketiga kami secara individu dan agregat, dan rakan kongsi tersebut mungkin menggabungkan maklumat tersebut dengan maklumat lain yang mereka telah kumpulkan daripada anda.

Kuki yang digunakan oleh kami terbahagi kepada empat kategori.

Kuki yang wajib: Kuki yang wajib adalah diperlukan untuk membolehkan fungsi laman web teknikal dan untuk menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang diminta secara nyata oleh anda. Ini termasuk sebagai contoh, perkhidmatan seperti negara dan bahasa yang dipilih anda, memastikan anda masih dalam log masuk, menyediakan keselamatan dan pencegahan frod, menyimpan barangan pilihan anda dalam beg beli-belah digital dan senarai keinginan anda sementara anda melayari web, mengingati tetapan bunyi, dan memberikan akses kepada anda ke kawasan laman web yang selamat. Kategori kuki ini tidak boleh dimatikan dan ia tidak memerlukan persetujuan.

Kuki Analisis: Kuki ini adalah pilihan (tidak wajib) dan mereka mengumpul maklumat tentang cara pelawat menggunakan dan mengalami laman web kami untuk mengoptimumkan reka bentuk, operasi, kecekapan dan untuk menambah baik pengalaman pengguna anda. Kami hanya meminta persetujuan untuk meletakkan kuki jenis seperti ini di laman web yang dituju untuk golongan muda yang berumur 16 tahun ke atas atau orang dewasa.

Kuki Pemasaran LEGO®: Kuki ini adalah pilihan (tidak wajib) dan mereka digunakan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai minat anda, termasuk laman web dan iklan-iklan yang anda klik masuk, produk-produk dan perkhidmatan mana yang diminati oleh anda, atau pembelian, di laman web atau aplikasi ini atau yang lain. Kami menggunakan data ini untuk menunjukkan anda lebih pemasaran peribadi dan cadangan produk dalam laman web kami dan aplikasi kami, dalam keahlian dan penawaran program kami dan untuk menggunakan maklumat tersebut mengenai minat dan tingkah laku anda di laman web kami bagi tujuan membuat kandungan mesej pemasaran yang kami hantar kepada pengguna lebih relevan, berdasarkan minat dan tingkah laku anda dalam laman web. Kami hanya meminta persetujuan untuk meletakkan kuki jenis seperti ini di laman web yang dituju untuk golongan muda yang berumur 16 tahun ke atas atau orang dewasa.

Kuki Pemasaran Pihak Ketiga: Kuki ini adalah pilihan (tidak wajib) dan mereka membolehkan pihak ketiga untuk mengumpul kuki yang membolehkan kami membuat pemasaran/iklan yang disasarkan bagi produk-produk dan perkhidmatan kami di laman web, aplikasi dan media sosial lain.  Jika anda membenarkannya, anda akan membenarkan pihak ketiga yang disenaraikan untuk menetapkan kuki yang menjejaki minat dan tingkah laku anda termasuk produk-produk dan perkhidmatan yang diminati anda, atau pembelian, di laman web, media sosial, aplikasi dan peranti ini dan yang lain. Sila ambil perhatian bahawa pihak ketiga ini adalah pengawal data bersama atau bebas bagi data peribadi yang dijejaki melalui kuki dan mereka akan menggunakan data tersebut untuk tujuan mereka sendiri. Ini adalah pihak ketiga yang kami benarkan untuk meletakkan kuki di laman web kami dan dalam aplikasi kami. Sila baca tentang cara pihak ketiga memproses maklumat peribadi anda di sini:

Google
Facebook
Bing
Rakuten
Twitter

Kami hanya meminta persetujuan untuk meletakkan kuki jenis seperti ini di laman web yang dituju untuk golongan muda yang berumur 16 tahun ke atas atau orang dewasa.

Senarai kuki kami

Sila rujuk kepada Deklarasi Kuki kami yang menyenaraikan pelbagai jenis kuki kami – ini termasuk pihak ketiga yang kami berkongsi maklumat kuki anda dengan - sama ada untuk memproseskan kuki tersebut bagi pihak kami atau sebagai pengawal data yang berasingan.

Sila ambil perhatian bahawa sesetengah kuki yang ditetapkan oleh media pihak ketiga dan rakan kongsi pengiklanan adalah untuk kegunaan bersama kami atau penggunaan bebas mereka dan mereka mungkin menggabungkan data yang dikumpulkan dari lawatan anda ke LEGO.com dengan maklumat yang telah mereka kumpulkan daripada anda di tempat lain. Sila baca dasar privasi mereka untuk mengetahui tentang cara maklumat anda diproses dan hak-hak yang anda miliki.

Bagaimana dengan privasi anda?

Sesetengah kuki yang ditetapkan di LEGO.com akan menyebabkan pemprosesan maklumat peribadi anda.
Berkenaan dengan kuki “amat wajib” yang memproses maklumat peribadi, LEGO System A/S berasaskan pemprosesan tersebut pada:

  • kepentingan sah kami untuk mencegah tingkah laku frod apabila menggunakan laman web kami dan perkhidmatannya;
  • kepentingan sah kami untuk membolehkan anda berinteraksi dengan perkhidmatan pelanggan kami melalui fungsi perbualan dan untuk kekal log masuk dengan Akaun LEGO® VIP atau LEGO® anda,
  • kewajipan kami untuk menjamin keselamatan penggunaan dan pengendalian laman web dan perkhidmatan yang ditawarkan di laman web tersebut (termasuk langkah-langkah untuk menjamin pematuhan terhadap kewajipan undang-undang kami terhadap kanak-kanak);
  • kewajipan kontrak kami untuk menyampaikan perkhidmatan atau fungsi-fungsi tertentu yang diminta secara khusus oleh pengguna laman web.

Berkenaan dengan kuki “analisis” dan/atau “pemasaran” yang memproses maklumat peribadi, LEGO System A/S berasaskan pemprosesan ini kepada persetujuan, melainkan jika dinyatakan secara khusus dalam dasar privasi kami.

Berkenaan dengan kuki di mana pihak ketiga adalah pengawal bersama atau pengawal bebas, sila rujuk kepada maklumat privasi pihak ketiga yang dipautkan di bawah, untuk maklumat lanjut tentang asas undang-undang pemprosesan maklumat peribadi oleh mereka sebagai pengawal.

Sila baca cara untuk mengurus dan mengawal maklumat yang kami kumpulkan daripada anda dalam Dasar Privasi penuh kami di sini.

Bagaimana jika saya tidak mahu kuki:

Kuki yang wajib adalah amat penting untuk laman web dan anda tidak boleh memilih keluar daripadanya, tetapi anda boleh memadam kuki yang wajib selepas mereka digunakan – sila lihat cara di bawah.

Untuk semua kuki lain, anda sentiasa boleh menyesuaikan tetapan anda dan membatalkan persetujuan anda.

Apakah cara untuk memadam kuki anda:

Kuki adalah diletakkan dalam peranti anda. Ini bermakna kami tidak boleh memadamkannya untuk anda. Anda mesti melakukannya sendiri dengan mengikut cara yang ditetapkan oleh peranti khusus anda. Jika anda berada di laman web yang dikendalikan oleh LEGO System A/S, anda juga boleh mengelakkan kuki daripada diletakkan dengan melaraskan tetapan pelayar dalam peranti anda. Jika anda menggunakan aplikasi yang diterbitkan oleh LEGO System A/S, sila ambil perhatian bahawa kuki yang ditetapkan dalam suatu aplikasi berfungsi dengan cara yang berbeza dan anda perlu mengawalnya secara langsung melalui peranti anda. Kuki pelayar sebenar telah ditetapkan untuk tamat tempoh. Jenis teknologi yang serupa, seperti storan tempatan dalam peranti anda, tidak mempunyai tamat tempoh terbina dalam tetapi ia mesti dipadamkan oleh anda. Kami telah menyediakan pautan kepada arahan tentang cara menyesuaikan / memadam kuki pada beberapa peranti yang lebih biasa di bawah.

Sila rujuk kepada contoh-contoh panduan tentang cara menyekat kuki dan cara memadamkan kuki dalam pelbagai pelayar untuk PC dan Mac:

Internet Explorer

Google Chrome

Mozilla Firefox

Opera

Safari

Microsoft Edge

Pelayar Samsung

Sekiranya terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia berkenaan dengan Dasar Kuki ini, terma-terma yang dinyatakan dalam versi Bahasa Inggeris bagi Dasar Kuki ini akan diguna pakai.